Automate your Marketing
with Womplify




 
A DEDICATION TO OUR PRINCESS..ALESHA RAZAN

By: Raihan Ramli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 18-Sep-2007 08:01 Email | Share | | Bookmark
Langkawi in September 2007

 
 
 
View all 8 photos...
Plan ke langkawi ni memang dah buat lama. Memang plan nak ke sana dlm bulan September, sebelum aku meletup dengan hubby's family friends. So on 5 September 2007, kitaorang pun started our journey to Langkawi. Sebab nak meutilisekan masa yang ada, we agreed to bertolak early morning pukul 4.00 a.m. that 5th September. Kali ni dah prepare dah ngan ayat-ayat yg ustaz tu ajar (refer my CH story). Sebelum kuar rumah, aku tengok laki aku cam bomoh meroyan dah dok hembus hembus anak aku. . Heheh tak baiknya aku ni...tapi aku tak tahan nak gelak...maintain aje la depan dia. Kang kena marah lak sebab gelakkan dia.

So..tup tap tup tap, kitaorang convoy 3 kereta, sampai kat jeti at about 930++ pagi gitu. Sempat la tukar lampin anak-anak siap siapkan diaorang. Aku dalam hati ni dok berdebar je nak naik feri. Bukan apa, time preggy ni, aku ni cepat sangat motion sickness. Kekadang tu, boleh tak tentu pasal, on the way back from work pun aku boleh termuntah dalam kereta.

Alhamdullilah dalam feri, aku tak termuntah. Walaupun at times, aku rasa cam dah lain macam je. Laki aku pun dah jeling-jeling and baik hati dukung kan Alesha. Alesha lagi la baik hati boleh tido the entire journey. Seronok aku dok dalam feri. Dalam pada tu, kat beg bawah kaki aku tu aku dah spare le 4 5 plastic beg kot kot aku terbelahak dlm feri tu.

Naik feri dalam pukul 10.30 pagi, sampai kat Langkawi dalam pukul 12.00 tgh. Uwaa tercangak-cangak aku tengok Jeti Kuah la ni. Last aku ke sana masa ngandungkan Alesha. tapi masa tu naik flight. tak singgah la kat Jeti Kuah. Ada rupa Bintang Walk pun ada Jeti Kuah ni. Bak kata macam-macam ada la...Maju sungguh aku tengok Langkawi ni...Dasat-dasat...

First nite kat Langkawi, kitaorang decide nak dok kat tepi pantai Cenang. Aku dah book la Malibest Resort tu. Not bad la tempat tu. Tetapi...agaknya sebab aku ni dah berkeluarga dan beranak kecik, gamaknya tak sesuai la nak tinggal kat bachelor hood cam gitu. Ngan Alesha kecoh nak main pasir, ngan kejab kejab nak berlari atas lantai simen, pastu gedebuk terjatuh sebab basah-basah lepas mandi laut..Silap haribulan, ngan aku yg buncit ni pun buleh terjatuh sebab licin.

Eiii...Stress aku menjerit jerit soh dia dok atas katil aje. Pas tu dah dok atas katil, nak turun pulak, naik balik..Abis di angkutnye segala pasir naik atas katil..Adeiiii memang la tak sesuai untuk orang beranak kecik cam aku ni nak ngada-ngada dok kat chalet la.


Pic hang-out kat Pantai Cenang

Petang tu, walaupun penat sebab dah drive seharian, aku kenkonon kesian kat pak alesha, pi la bawak alesha mandi manda kat pantai depan chalet tu. Alesha ni dah over excited, tak mo tido la pulak..Yang paknya ni, badan dah penat seharian driving, agaknya jeles boleh pulak bangun tido nak join kitaorang anak beranak. Jadiknya aku ni tukang ambik gamba je la. Lagipun, aku dah tak muat nak sarung suar ketat ke baju mandi ke apa..rasa cam nak birat perut aku ni kena getah suar mandi tu.



Sempat gak la aku tangkap pic perut buncit aku ni..tapi shadow glance je la yek.Nak cover line lagi tu...Muka aku time tu pun tak berapa semengah sebab tak mandi dari semalam.



2nd day tu kitaorang spend time pergi sight seeing. Lepas check out kat Pantai Cenang, we dropped by kat Underwater World. Sebelum masuk Underwater World tu, dah terkantoi kat Mall sebelah Underwater World. Nasib baik la anak aku kecik lagi tak reti nak bentak bentak mintak itu ini, tapi kena jugakla aku beli kan smarties balang besar sebab budak tu dah terkujat excited nampak Tigger and Pooh atas balang tu.


Pic kat dalam Underwater World Langkawi. Nampak tak pic Alesha tunjuk parrot tu. Mende la makcik kecik ni boleh panggil tu owl..saba je la aku


Betapa syoknya menikmati smarties. Nampak tak kepala tigger yang dah bersepai tu..

Spend time about 3 hours there, pas tu shoot gi carik tempat makan lunch. Dah nak jadik lunch cum dinner pun ada gak sebab dah almost 4 p.m. dah masa tu.

Kitaorang dah survey-survey hotel on the 1st day tu. Kitaorang akhirnya pilih Langkawi Seaview Hotel nearby Langkawi Fair Mall tu. Lepas lunch, check in kat new Hotel. Masuk je bilik tu memang la puas hati tahap gaban.. Anak aku nak tergolek meloncat pun aku tak heran sebab carpeted kan. tak dapat tengok laut pun tak pe la...dari kepala hotak aku ni dok risau si cenonet tu concussion terjatuh dek lantai licin.

Laki aku pun masuk-masuk je bilik hotel dah buat remark..
"Kita ni dah beranak pinak lain kali tinggal aje la kat hotel yang selesa cam ni.."

Hahahahaha..aku ingat aku sorang je yg rimas pasir keliling lantai..dia pun sama. Bagus-bagus..ni la namanya sehati sejiwa..ceewwaahhh

Tak de buat apa pun petang 2nd Day tu, sebab bebudak semua dah terbongkang kepenatan. Tambah lak dapat tilam empuk ngan aircond kan. Dengan pak and mak pun terbongkang sama..

The 3rd Day tu, pagi-pagi lagi dah kuar ke area Cable Car. Din & Co naik satu kereta sebab anak ada 2. Kitaorang n An & Co naik satu coach la. Cerita pasal cable car ni..Masa aku bujang dulu, waktu cable car ni baru dilaunchkan oleh Tun Mahathir, aku penah naik ngan girlfriend aku. Masyallah, memang la aku seram, especially sebab aku nampak cable nyer tu cam meloyot je nak menimpa aku. Aku dah memang cakap ngan laki aku...kita tak yah naik la.

Yang laki aku ni lak..hahah aku memang tau dia ni gayat tinggi. Dia ngan si An memang gayat. Tapi sebab team spirit...piiiraaahh...Aku rasa more to sebab anak-anak. Kitaorang ni melayan je anak-anak. Si An ngan laki aku pun agree la nak naik cable car. Aku ok aje la sebab aku tau where NOT to look i.e. the cable nye tu. Yang Zura bini si An ni memang game for all la. Si Zalia anak An memang all too eager nak naik cable car tu.

In the cable car...aku nak ketawa pun serba salah. Nak diam aje pun aku rasa cam nak gelak terbahak-bahak. Yang laki aku dah grip anak aku macam his life depending on her. Si Alesha relaks je siap gelak-gelak lagi. Pastu ada hati lak suh aku pegang anak betul-betul. Dia pegang dah nak naik birat budak tu dia tak sedar. Yang si An pulak, aku tak reti la nak explain camna rupa panic dia tu. Dengan mulut dia berleter..ngan pandang bawah..ngan segala-galanya la. Aku takut tersalah cakap je...takut kena lempang ngan dia.


Pic masa dlm cable car..Nampak tak betapa relaks nya si kecik ni!!

The history is, kitaorang ni memang dah kawan lama. An was and still is my hubby's close friend. Dia ngan wife dia pulak, went all the way back dari zaman sekolah lagi. Aku ngan laki aku lak have been together since we were 18 years old. So kalau maki memaki usik mengusik sesama kitaorang tu memang normal la. Tapi bila kat dalam cable car tu, aku pun tak tergamak nak usik dia panic gayat atas tu. Aku tengok dia pun tak menyakat laki aku yg panic tu. Aku tau la ni memang betul-betul punya gayat mamat dua ketul ni.


Pic Alesha n Yaya kat platform atas gunung

Yang aku bengkek tu, punya la eksyen diaorang ni. Mentang-mentang dah experience naik to cam smooth ride je. Bila time nak turun tu, ceewwahhh..boleh soh bukak pintu lagi bagi angin masuk. Cit!! Piirraahh. Aku tengok time gegar-gegar tu mengelupur gak pegang bini masing-masing.

3rd Day ni mendung je. Hujan sepanjang hari. Kitaorang pulak tersalah plan decided to go out shopping this day. Nak tak nak, kena la jugak angkut bebudak dlm hujan. Penangannya, Alesha demam malam tu. Punya la tinggi temp dia ada la kot mencapai 38++ degrees. Aku ada la bawak ubat demam dari KL. Tapi makcik ni memang culas makan ubat. Siap muntah-muntah. Aku lak baju pun bawak cukup-cukup. Kena la gak berjalan ngan baju yang ala ala 'harum' baunya sebab ration baju dah abis.

the final day we spend it shopping. Sebab yesterday dah survey apa yang patut nak dibeli..(tapi tak terbeli sebab orang masyallah punyalah ramai!!), we decided to get a very early head start. Aku rasa aku pelanggan pertama kedai Hj Ismail Group tu kot!! Masa kitaorang sampai tu, kedai tu baru nak bukak pintu. Kuang kuang kuang..nasib la kan. Asalkan aku dapat bershopping ngan aman damai. Tak larat aku nak bertolak-tolak semata nak membeli.

At about 10.00 a.m. kitaorang cabut gi Idaman Suri. Aku dok la pikir pesal la kedai ni namanya Idaman Suri. Cittt!!! Baru ku tahu. Memang idaman suri rumah betul la isi kedai tu!!!!! Aku tengok mokcik-mokcik kat dalam tu semua cam dah nak tumbuh taring, tanduk, ekor bagai!!! Naik gerun aku.

Nasib baik la anak aku terkong dek ubat demam. So tido ajelah dia sepanjang aku kat dalam kedai tu. Laki aku lak, ever the gentleman tolong aku pilihkan pinggan mangkuk, beratur berjela and berpeluh-peluh ngangkut kotak besar tu.

Ceritanya gini, rumah aku tu memang tak de set pingan mangkuk. Melamin ceki'a yang kitaorang pakai buat makan la ni pun hadiah kawen kitaorang. Sebab statusnya yang ceki'a tu, ada la pinggan tu yang dah chip sini sana. Lagi satu, untuk makluman korang, umah aku takde teko. Again, tea cup tu harap hadiah masa kawen. Kalau orang datang, kena la aku saji air panas dlm jug plastic. Tak sesuai betul kan.

Memang kitaorang laki bini intend nak buy some sort of set tea cup atau pinggan kat langkawi. Tapi tak sangka la pulak murah cenggitu rega nye. Patut la mokcik-mokcik tu tumbuh tanduk, taring. Murah jugak rupanya.

So dalam berebut tu, sempat la laki aku menolong aku menyambar 2 - 47 dishes set. Ok la kot. Siap ngan teko, tea cup, rice bowl pinggan makan semua. Ini boleh sustain untuk 10 tahun lagi ni.
Cheapskate betul aku ni!!!

Pukul 2.30 ptg, kitaorang pun bertolak naik feri. Alesha pulak baru bangun dari tidonye lepas kong pekena ubat demam. Nasib baik la dia tak meragam sangat, sebab tahap kepenatan aku pun masa tu dah level 9 dah. Perut pun berkeroncong sebab tak lunch lagi. Nasib baik la laki aku yang baik hati lagi penyayang tu (ceewaaah) dah tapaukan KFC. Semerbak la satu feri bau KFC. Lantak la..perut aku anak beranak dah lapo.

Pukul 4.00 ptg, sampai jeti Kuala Muda. Dok pikir-pikir nak makan kat mana, we decided to travel to Penang. Get a head start sebab semua dah kepenatan pikir nak sampai umah je. Singgah makan mee udang kat Penang..by 7.30 p.m. kitaorang dah standby balik KL.

Sampai rumah alhamdullilah pukul 12.00 malam. Alesha still demam-demam lagi.

Hmmm..ingat tak aku cakap azabnya September ni? Click la kat blog aku untuk tau citer selanjutnya. Tak larat dah aku nak citer kat sini. Biar yang happy happy je la kat sini.

Wokies...until later...

Oppss lupa la nak tunjuk..This is my booming body at 27 weeks. Yahooo kembang semangkuk you!!!!



[quote]Rizza: makin kembang siut. Aku berjalan pun dah rasa cam penguin.

Valli: ni cuti last sebelum meletup. U nanti dah ok masuk 2nd trimester boleh la gi cuti cuti malaysia gak.

Farah/mimielola: Aku plan nak branak kat pusrawi jln tun razak. Tu kan breastfeed friendly spital. Nak mintak tolong nurse tu ajar aku breastfeed la. Nanti aku sms ko kalau dah timenye. Ada masa jenguk la wa..

Ct: hehhee ko dah lepas buleh la eksi kutuk orang kembang. Aku semangat nak bf ni. Harap boleh kecut balik la. Jgn jadik jenis yg makin bf makin tembam sudahlah badan aku ni...ahaks
[/quote]


Tuesday, 18-Sep-2007 04:35 Email | Share | | Bookmark
Cuti cuti Malaysia 2007

 
 
 
View all 4 photos...
First of all...Happy Ramadhan to all...

Rasanya tak lewat kot nak wish Ramadhan. Hahahha kalau dah lewat pun too bad la...Tak leh nak buat apa sebab memang dah tertinggal ketapi tahap gaban dah ni.

Proses aku nak blajar balik update FP ni still tertunggak lagi. Lagipun, aku pun dah tak tau nak blajar kat sapa ntah. Kesabaran nak meng'alter' gamba pun dah tak brp ada. Hehehhe..penyakit M tahap gaban.

wokey...cerita summary kehidupan si kecik ni...As usual, sebelum bulan posa, kitaorang memang akan bercuti-cuti malaysia. Ni memang Papa nyer usual yearly agenda la.

First stop kitaorang bulan Ogos was Cameron Highland..again. Hahahah...normal la kan...Camla korang tak tau CH tu cam dah terpacak kat dahi aku ni hah. But this time around, we decided to cut the budget by menumpang Nora yang memang local di CH. Kat sana pun kitaorang menumpang tido kat umah kuarter adik Nora. So..belanja yang kuar hanyalah rm minyak, tol and makan. Accomodation n penat lelah driving tu takde la sangat sebab Nora n Hubby yang did the driving.

Citer kat CH ni..hahhaha mak pak Alesha balik CH abis kena marah ngan seantero family. Kenapa? Well...on Sat 11 Aug tu, sedang aku ber enak enak melelapkan mata di atas katil, aku terdengar satu commotion yang sangat hebat di luar. Aku nampak la kelibat laki aku dukung alesha sambil satu suara nyaring yang menjerit menangis. Suara Alesha la tu.

Dengan slow motionnya aku pun bangun la pi dapur tengok apa masalah sampai kecoh kecoh semua orang. Aku masuk dapur aku tak nampak lagi muka laki aku n alesha. Yang aku nampak muka pucat si Nora and maknya.

Laa...korang tau apa aku nampak..hehhehe...La ni boleh la aku citer sambil gelak..masa tu aku rasa aku tak dan nak tergelak pun. Nasib baik la mak ni jenis keras hati u!! Rupanya anak aku tu dah bermandi darah terpancut pancut darah dari kening dia. Yang pak nya skali baju berlumuran darah. Rupanya minah tu dah tergolek gedebuk atas jalan tar and kebetulan jatuh head down betul betul atas bonggol tar buat sendiri. Korang paham paham la kalau bonggol tar buat sendiri tu..batu nya kan cam besar besar pastu tak padat betul betul.

Luka tu tak de la besar sangat. Cuma its a head injury and sedikit dalam...Ni pic orang tengah dalam kesakitan minum susu..



Aku rasa la...dalam ke-excited-an makcik kecik ni nak mengejar si Yaya anak Nora yang tgh naik basikal tu, dia telah tersandung and terhantuk kepala betul betul atas satu ketul batu tar. Kepala pun jadik berlubang la kan..

Sebab kitaorang kat CH dan dah petang sabtu masa tu, aku takde la semangat nak pi bawak spital ke apa. Kebetulan adik si nora memang kerja hospital CH. Dia dah pun rushing pi ambik ubat antiseptic dari kawan dia yang jaga pharmacy kat hospital CH tu. Hahahaha..talk about cronism eh? Tapi aku kata kat paknya..we just keep watchful eyes la..Kot kot dia muntah ke pengsan ke lepas tu. Afterall, head injury kan. kena la berhati hati.

Yang laki aku tu pulak, agaknya terperanjat anak dia jatuh ke..guilty conscience sebab jatuh during his watch ke..muka pucat lesi bukan main. Aku nak marahkan dia sebab tak jaga bebetul pun tak sampai hati sebab aku tengok dia stress out lain macam. Baik nya la aku ni kan. Dia lak yang marah aku sebab kata aku ambik nap. Cit!! Orang ngandung la..memang la mata rasa nak lelap je all the times. Tambah tambah lak ngan udara sejuk sejuk sepoi bahasa kat CH tu kan.

So lepas accident kepala berlubang tu, sebab nak memujuk punya pasal, paknya pun iya iya la bawak Alesha pi tengok horse. Alesha la ni dah pandai demand. Kalau berjanji something, kena tunai. Masa dia dok melalak bergayut ngan aku tu, papa ada la janji Sha baik cepat papa bawak tengok horse.

Lepas je dia dah ok sket...mula la "Pa..orse"..Nak tak nak esoknya kitaorang pun semangat la pi bawak Alesha tengok horse. Bukan horse apa pun. Kat CH ni ada satu ladang berehat kuda lumba. Aku hingatkan kuda biasa-biasa la..Rupanya, ini baka yang tinggi tu hah!! Takut pulak aku nak dekat. Lutut kuda tu je dah tinggi bahu aku..Kalau kena sepak, mau seminggu aku tak bangun. Tu belum masuk kes kena pijak ngan kuda..Hehheh so jawabnya aku tengok dari kejauhan je la.



Yang Alesha n Yaya ni pun, bukannya hebat sangat pun jumpa kuda. Dari jauh je terjerit jerit horse horse. Bila bawak dekat...dua dua melalak. Alesha sampai nak panjat badan papa dia nak menjauhkan diri dari kuda tu. Kuda ni lak terlebih manja..Suka sondol sondol kepala..kita ni dah la penakut. Memang padan muka la.

Tapi at least, merasa la jugakkan tengok kuda yang ala ala citer mat saleh tu. Ini kalau ke tasik titiwangsa, asyik tengok kuda padi je. Cit apa kelas...

Balik dari CH tu, bermula la series kena marah mak n pak Alesha dek makcik-makcik n tok nenek nya. Memula dah la kepala tu dah berlubang..Pastu alesha down with fever for more than 2 weeks. Mak metua aku punya la angin kat kitaorang sebab asyik membawak anak berjalan malam. Ohh lupa nak bagitau, kitaorang bertolak to Ch at about 10 pm and sampai at about 2 am. Balik pun lebih kurang sama. So korang paham paham aje la isi ceramah aku tu kan..

Lagipun, aku rasa memang ada lain macam sket sebab Alesha dia jadik cam takut takut gitu. Tapi aku rasa memang dia demam pun iya jugak. Demam lama sangat sampai paed dia ambik darah and discovered ada infection in her blood. Tak yah la aku citer experience ambik darah Alesha tu kan. Suffice to say, aku rasa la kalau lagi 5 seconds paed dia ambik darah tu, mau tahap menangis dia escalates jadik sawan kot.

Alhamdullilah, lepas jumpa ustaz ni ambik air and continuous antibiotic, Alesha dah ok sikit.Kitaorang ni yang guilty conscience try la pujuk si kecik ni tengok horse lagi. Hehehhe takde modal lain ek? Nak buek camno..itu je yang paling economical.

So bawak la Alesha jenjalan ke tasik titiwangsa naik horse carriage and horse back...



All in all, August was an eventful month. Penuh ngan headache and kerabakan poket. Hahaha..takpela at least i have pictures to look at and finally uploaded them here. Pic tak brp banyak la sebab we've been to all the interesting places in CH. Cuma saje nak paste pic anak dara dua orang ni je.



For September, im working on updates on our Langkawi trip. and here i thought August was bad, rupanya September lagi azab...until later...


Monday, 30-Jul-2007 07:50 Email | Share | | Bookmark

 


Monday, 30-Jul-2007 06:29 Email | Share | | Bookmark
MY BABY BOOMING BODY..

 
 
 
View all 4 photos...
Whats up u guys..

It has been ages. Im into blogging now. So, FP ni cam dah jadik sarang spider dah. Still tgh nak ingat all the codes balik. Nak pi berguru ngan sifu sifu pun cam naik malu dah..Dah tua tua ni, kepala hotak ni lambat pick up.

Aptly titled Baby Booming Baby bukan baby blooming yea...nampak tak betapa vava BOOM nyer body ku itew...ahaks...Well truthfully, my baby-weight was not that banyak. Sikit je. After 5 months...i gained only 1.5 kgs. BUT the sad thing is, my pre-preggy body was already THAT big. Hahaha..sapa mau salah..sendiri punya perut la kasi salah!!!

Tak mo paste pic kat sini. Nanti obvious sangat la kegumukkan aku ni..



Tuesday, 29-May-2007 07:19 Email | Share | | Bookmark

PHEW!!!! Dah lama sangat rasanya tak update FP. Rasa cam dah bertahun. Tapi bila tengok balik date yg lepas tu..ler..baru sebulan lebih.

First thing first...#2 is on the way. Yup Lil munchkin Alesha is going to be Kakak Sha. Bila bukak balik fp ni, rasa cam syahdu je pulak nak tambah bilangan family member ni. Makes u wonder whether you are able to love your children all the same. Nonetheless, Allah tu MAHA BERKUASA, aku tau everything will turn up fine. Kalau tak pun, selalunya its blessing in disguise. So no worries for me.

Back to Alesha's story. Amboi...makin hari enthics nya buleh bikin aku gila. Some blame it on the incoming of the new baby. But that i find it hard to digest. Cam tak scientifically proven la pulak. But when i posted the query to my fellow SIs, jawabnya at the tender age of 1 to 3 years old, they are in the learning process and will challenge your authority. That is ACCEPTABLE.

Tak pe la..i have resorted to go with the flow. So thats the end of it. For now, just enjoy looking at Alesha's pictures.



And this one is the photo taken when we went out picnic at this alahaiii..tak ingat pulak nama air terjunnya.


Tapi yg pastinya...moi tak basah pun!!! Kuang kuang kuang...sejuk giler cam rendam ngan air batu. Alesha iyo iyo je mandi ngan papa dia...tapi i think she was shocked jugak la kot sejuk bukan main. tapi all the cousins dok main sekali..itu yg sampai hilang ingatan terkantoi tido atas tikar lepas tu...

tak banyak pic taken this time around..maybe nanti rajin rajin i'll update more.

Quote:
maya: aku pun dah lama tak jenguk fp sendiri. la ni tetiba tgh bekobar balik nak update fp, tapi semua code aku dah lupa..aisay...

valli: valli...congrats on your new baby also!!! i pulak yg syok!!

mamamyra: hopefully la buleh jaga..kot nye jadik huru hara semuanya

leen: manja jugak laa..mama ikutkan hati tak mo adik yet..tapi mama dah tua huhuhu..kena express la productionnya

zety: salam perkenalan jugak. Nanti i jenguk fp u ok..

raihan: huhuhu..laki aku dok bising nak gi lagi. Aku cam tak selera je nak melayan kesejukan tu..huhuhu

farah: hehhe..pic ni baru 2 bulan laaaa...mana nampak perut, nampak gemuk je...


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net